CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

31 December 2011

Ending for 2011



Salam 1 Malaysia....


Hi kwn2,arini 31.12.2011 penutup tahun 2011, syukur alhamdulillah tahun ni banyak kegembiraan yang aku terima, lebih dari tahun sebelumnya, mudah2han tahun hadapan bertambah baik dari tahun ni.



Sesungguhnya aku bersyukur dengan apa yang aku miliki hari ni, Ya Allah terima kasih atas kurniaan Mu. Alhamdulillah..








selamat datang 2012..
semoga anda juga bawak seribu sinar + seribu kebahagiaan untuk aku dan family...
semoga aku selamat untuk 2012..
please be nice with me..

Azam aku tahun 2012 ni utk menjadi seorang yang lebih baik dr sebelum2 ni..nak jd org yg beriman,baik hati,di murahkan rezeki,dan menjadi anak yang solehah kpd emaknye..insyallah...semoga ALLAH permudahkan jln2 yg akan aku harungi kelak..amin..

22 December 2011

Duit Baru Utk kitE sumE ;)



Hi alls,nk bgtau ni...duit RM20 akan kembali semula apabila hampir 16 taon menyepi..dgr kata pertengahan taon depan baru dilancarkan...bkn setakat RM20,duit2 lain pun dh corak baru...wah,canteknye...kompom
semua org teruja nk gunakan...jom tgk gambar kt bwh ni...  





Macam pelangi dah aku tengok duit Malaysia baru ni.Cantek..:)

ok2...tu utk pertengahan taon 2012...yg bawah ni plak,bln januari akan di lancarkan...barula ade semangat nk menabung(ayat manis)..haha..



ok la uolls...sharing is caring...da...da   :p

 

21 December 2011

Best GilEr citE ni...:)



Kekasih Awal Dan Akhir



Sinopsis

'Kekasih Awal dan Akhir’ ini menceritakan tentang Awal, lakonan Aaron Aziz, merupakan seorang pelajar Universiti dan mempunyai perwatakan yang kacak serta bergaya. Perwatakannya itu membuatkan ramai gadis terpikat dengan dirinya. Di Universiti, Awal mempunyai seorang sahabat karib iaitu Julia (Fauziah Gous). Keakraban mereka membuatkan Julia menaruh hati terhadap Awal. Namun, Awal tidak pernah menganggap Julia lebih daripada sahabat.

Kedua mereka begitu aktif dan masing-masing telah mengambil bahagian menjadi sukarelawan untuk satu kempen. Di situ, Awal berkenalan dengan Akhirah, yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Apabila Julia mendapat tahu, dia terus meluahkan perasaan terhadap Awal, namun cintanya ditolak. Julia kecewa dan membawa diri. Awal mendekatkan diri dengan Akhirah dan sayangnya terhadap Akhirah bertambah apabila mendapat tahu Akhirah tiada ibu dan bapa. Awal nekad mengahwini Akhirah dan akhirnya setelah tiga tahun berlalu, Akhirah mengandung.

Bak kata pepatah, sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan Akhirah sudah tidak seperti dahulu lagi.

20 December 2011

Aku Bukan Tomboy



 

 hi uolls....pade sape2 yg lum tgk cite ni,jom layan...aku peminat setia Shaheizy Sam kalo nk tau...hampir sume cite die aku layan...u are the best hero malaya...
pasni  SONGLAP plak..adoi...kalo tiap2 bln kat wayang cite die je,aje kering duit aku...(eh salah,duit boboy aku.:P) xmo slalu brlakon sgt ye sam oi...sye peminat kamo....wua!!

jom layan trailer songlap


18 December 2011

Kek Simple



Hi sumE!!entry kali ni aku nk kongsi resepi mcmane nk wat kek simple..fmily aku pggil kek simple,tp ade org pggil kek batek..hihihi..ok2..resepinye tersgtla senang dan mudah...
Sediakan:

Telur 6 biji
Gula halus 2cawan
Marjerin 2cawan
Tepung Gandum 2 stgh cawan
Baking Powder stgh sudu kecil
Esen vanilla

Step 1:
Pukul telur sampai kembang

Step 2:
Pukul marjerin dgn gula

Cara-caranya:
1. Masukkan marjerin dgn gula yg sebati tadi dlm telur yg dh kembang tu.
2. Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan tepung.
4. ok siap..:) eh,lum lg...
5. Bahagikan 2 bahagian.1 coklat,lg 1 biar je
6. Masukkan dlm loyang selang seli..
7. Bakar....



SayE dan kwn2 akan kE Singapore..TQ bos...^^



Lalalala...lg 23 ari...
Sonok bangat...Kalo korang nak tau,aku akan pegi bersama kwn2 department tmpt aku kerja...bestkan...sbaek bos kami sgt sporting..Wlupun die slalu marah aku,aku tetap anggap die sporting..:)haha...2 ari lps big bos kami suggestkn hotel utk kami... 
SWISSOTEL MERCHANT COURT
  CANTEEKNYE!!!...
Subhanallah...kalo la dpt bwk mak....kn sonok...tp mak aku penah pegi zaman muda2 dulu...mcm2 die pesan...cer tgk bwh ni..

Pesanan! Buat mereka yang bakal ke Singapura:
1. Mata wang di kira dalam nilai Sing $ yang bersamaan dengan 2.4kali ganda nilai RM.
2. Kebanyakan tandas di shopping complex tidak dilengkapi air pencuci/ guna tisu saja.
3. Daging babi mudah didapati di merata tempat kerana Singapura adalah negara Cina...
4. Had laju tertinggi adalah 90 km perjam & saman serta merta jika melampaui had laju.
5. Seluruh Singapura dilengkapi CCTV, di ceruk mana pun anda berada (lihat sendiri nnti)
6. Setiap parking adalah bercaj walaupun anda  dalam kawasan perumahan anda sendiri.
7. Tiada pencen diberikan, maka sangat ramai warga tua yang masih bekerja merata-rata.
8. Barangan elektronik & berjenama adalah lebih murah walaupun telah di tukar pd nilai RM.
9. Cuaca di sana amat panas samada siang @ malam kerana ia merupakan sebuah pulau.
10. Saman serta merta di kenakan sekiranya anda membuang sampah merata-rata di sana.
11. Singapura telah dikategorikan sebagai sebuah negara maju & bukan membangun.
12. Gula getah amatlah di larang di Singapura bagi menjamin kebersihan bandarayanya.
14. Paling best adalah!!!! anda akan lihat banyak vespa di sana, best wooo!!!!

17 December 2011

Doa Memohon Rezeki Dari Setiap Penjuru





Maksudnya
"Wahai Allah limpahkanlah rahmat atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW; sebanyak aneka rupa rezeki. Wahai Zat Yang Maha Meluaskan rezeki kepada orang yang dikehendakiNya tanpa hisab. Luaskan dan banyakanlah rezekiku dari segenap setiap penjuru dan perbendaharaan rezekiMu tanpa pemberian dari makhluk, berkat kemurahanMu jua. Dan limpahkanlah pula rahmat dan salam atas nabi dan para sahabat beliau. "
 
Penjelasan :
Doa ini dibaca setiap kali selepas menunaikan solat fardu sebanyak 7 kali. Khasiatnya, untuk menarik rezeki agar tetap mengalir pada kita.
Wallahualam..

14 December 2011

Sy suke follow blog pompuan cantek :)





Bakal doktor yang sangat cantik. Kalau miss FL dah jadi doktor, nampaknya makin ramai lah orang yang sakit kat Malaysia ni. Budak-budak kecik pun dah tak takut nak pergi kelinik.

Wahh, seronok pula tengok orang yang cantik-cantik ni. Kan best kalau aku boleh secantik diorang. Ehh, tak takk. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Ini yang Allah jadikan. So, be yourself. Mereka-mereka yang cantik ni pun sebab mereka menjadi diri sendiri. So, apa pandangan korang ? Cantik kan diorg


Beauty eyes with beauty brains


Cik Epal yang sentiasa gojes dan comel
She is beauty because of her personality


Cik yuyu yang sentiasa comel dan ayu



Cik puan yang dah berkahwin tapi maintain slim dan cantik


Comel sgt..:)


Pengasas website blogshop shawl yang cantik di Hijabebs.com




10.Elia



Wah,sungguh indah ciptaan mu YA ALLAH...

Ombak Rindu



Assalamualaikum Sume
Entry ni aku nak cerita dan buat review tentang Filem Ombak Rindu. Memang tipu lah kan, kalau orang lain pon semua dok sibuk-sibuk cerita dan kepoh-kepoh pasal ombak sana, ombak sini. Inikan pulak aku? For sure lah, aku adalah antara salah seorang yang excited jugak nak tengok filem ni :) 


 Aku dh tengok Filem Ombak Rindu ni. Rasa macam ketinggalan sikit lah, sebab dapat tengok filem ni pada hari 6 xsilap. Tapi, aku rasa ramai lagi kot yang tak sempat nak tengok? hekhekhek ! Sebelum aku pergi nengok filem ni tadi, aku sibuk2 jugak usha-usha page facebook kawan2 aku yang mana dah tengok. Ada yang cakap filem ni biasa2 je dan ok2 je. Dan watak yang dibawa oleh Maya Karin x berapa best. Dan ada jugak yang mengatakan Maya Karin sesuai berlakon jadi pontianak je? haha. hampehs! Tuh ulasan dan komen daripada kawan2 aku lah.

Nak tau ape pulak comment daripada aku???
Ok sumpahhhh tak tipu memang BEST YANG TERAMAT SANGAT ok! Bagi kaum perempuan yang berhati sensitip memang akan menghayati lah filem ni. Yang kata x best tuh,mungkin orang tersebut x menghayati. haha. X pon, mungkin mereka terlepas scene-scene yang best sebab pergi toilet ke, or whutever. hoho.


So far, jalan cerita dalam filem ni memang bestttt giler. Dan bagi sape2 yang dah mengikuti cerita Ombak Rindu ni since novel, mesti lagi rasa best. Aku boleh bagi 20 bintang untuk filem ni. HAHA. sape suruh best sgt, kan dah terroverdose kasi bintang :'D 

Ok aku kasi sinopsis cerita ni dulu. Copy paste je pon. 

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Lakonan Aaron Aziz memang menjadi sangat-sangatlah. Romantic abis. Aku kadang2 fikir gak, isteri dia x jeless ke bila tengok babak2 manja Aaron dengan pelakon lain? huhu. Mula-mula dalam cerita ni, Aaron memang x suka pon dengan Izzah (Maya Karin). Alasannya, sebab si Izzah ni perempuan kampung. Last-last,  jatuh cinta jugak. Betollah orang cakap, mula2 je benci, lama2 jadi sayang. 

Dalam filem ni jugak, aku suka dengan watak Maya Karin :) Mungkin sebab dia bertudung. Cantikkk ok dan tak nampak macam janggal pon dia bawak watak wanita bertudung. Dia pakai tudung pon cantik. Sweet je :)

Nih haaa..watak jahat dalam cerita ni. haha. Bukan watak jahat sangat pon. Alahh, normal lah, bila dapat tau orang yang kita sayang, then kita rasa macam nak "eeee..nak belasah2 jeee". So far, Lisa Surihani ni pon mmg bessttt dan memang cantik sangat2. Lagi cantik daripada Maya Karin. hehe. Tapi Maya Karin lagi cantik. Eh, pening. Dua-dualah cantik senang cite.

Jadi kesimpulannya, bagi sesiapa yang tertanya-tanya, besttt ke Filem Ombak Rindu ni. Bagi aku, memang besttt yang teramat sangat and filem  ni memang berjaya cekik air mata aku kat panggung wayang.haha. Basah tudung aku. huahua. Aku x nak cerita lebih-lebih kat entry ni, nanti korang dah tak suprise nak pegi tengok. Better pegi nengok sendiri :) 

08 December 2011

Corus Paradise Port Dickson




aku ade 5 org adik beradik..2 lelaki, 3 pempuan...kali ni kami bercuti hanya anak pempuan shj..hhihi...kami bertiga sgtla rapat...membawa mak jalan2 adalah kewajipan kami bertiga.
jom layan gambar2 kami di port dickson...

ini kakak sy..die xpandai berenang...mengharapkan pelampung dr anaknye..hahaha
ni dak syahmi..si pandai lg cerdik..die bru pas konvokesyen..kecik2 dah konvo..nti moksu upload gambar syahmi konvo k...
yg tgh tu mat klako...org suh wat peace die buat 3..hahahaha...
penat berenang ye kak...?hihihih







abg2 iparku yg handal berenang...perenang yg di kagumi katanye..hahaha...yo ke?
ini mak sy...sedang menjaga alif naufal yg lena sambil menghisap puting... 
ini akak sy jugak...diela yg sponsor tmpt tido kami...Corus Paradise...thanks ya..syg kamo sgt3..





 Kami sudah mau pulang....syok bangat..:)

28 November 2011

Crazy Lens




yg ni ade mahal ckit..RM40
RED LENS animation:
ORDER CODE 1-6
REFER TO PICTURE NUMBER=)


CRAZY cat eye lens:
Left To Right
Order code--A (yellow cat eye)
Order code--B (white cat eye)
Order code--C(highlight green cat eye)



Left To Right
Order code--D (RED CIRCLE EYE)
Order code--E (WHITE CIRCLE EYE)
Order code--F (YELLOW CIRCLE EYE)



Left To Right
Order code-->G (VIOLET NARUTO EYE)
Order code-->H (HIGHLIGHT GREEN CIRCLE EYE)
Order code-->I (LOLIPOP EYE)